Khamis, 3 April 2014

Kelambu Gantung

      "Kelambu sebagai barang perhiasan di rumah. bunyi macam pelikkan...ha baca dulu...Ruang tamu/rehat/bersantai bila dihiasi dengan elemen kreatif seperti kelambu akan menjadi sangat menarik bila kena pada tempatnya. kini elemen kelambu tidak lagi menjadi hanya untuk 'tidur' sahaja, sebaliknya satu item dekorasi ruangan yang sangat menarik & lain dari yang lain.

kelambu juga boleh menjadi tredamark/gaya/hiasan tersendiri di ruang tamu rumah kita. Tapi bagaimana untuk menghias kelambu di ruang tamu agar tidak keterlaluan hiasannya? saya masukkan beberapa contoh yang diambil dari pakar pencarian sedunia google.com..hehehehe.sila lihat

Ruang tamu 1

Ruang tamu 2-ala timur tengah

"Cuba hiasankan kelambu di ruang tamu, bila pintu depan dibuka kain kelambu akan berkibar-kibar terkena angin, mesti sangat menarikkan?"

Jangan rasa aneh bin pelik pulak ya. Namun, jika kita kreatif, segala hal sebenarnya dapat diubahsuai menjadi sesuatu. Dulu-dulu fungsi utama kelambu awalnya adalah sebagai 'alat' mencegah dari serangan serangga seperi nyamuk & sebagainya.

Kelambu gantung 1

Kelambu gantung 2

Kelambu gantung 3

Kelambu gantung 4
"tapi sekarang dah kreatif kelambu boleh jadi hiasan tempat tidur juga"

Antara cadangan saya cara-cara untuk menghias, Boleh mencuba di ruang tamu depan dahulu kalau malu-malu kucing boleh cuba di bahagian ruang keluarga.sebagai contoh Jika ada tetamu yang berkunjung ke rumah kita, ruang tamulah yang akan dilihatnya terlebih dahulu, jadi mesti nak cantikkan...:-)

Caranya,
Pasang kelambu di bagian langitlangit dengan masing-masing hujung kainnya dipaku. Tujuannya nak menghasilkan eleman ala-ala Timur Tengah pada ruang tamu tersebut.

benda ni  kena ada la na..

Pilih warna yang sesuai dengan warna ruang tamu anda. Jika ruang tamu anda berwarna neutral seperti putih atau krem, Anda boleh memilih warna kain untuk kelambu yang agak sedikit menonjol, merah misalnya. Tapi kalau tema warna ruang tamu anda sudah sedikit menonjol, pilih kain kelambu dengan warna yang lebih lembut@tidak terlalu menonjol.

sebagai contoh anda guna warna hijau daun yang lembut & digandingkan dengan warna dinding cokelat untuk menimbulkan suasana 'bumi' yang lebih tenang & ringan.Tapi semuanya bergantung dengan kreativiti masing-masing, anda yang menentukannya.

Salah satu ruangan yang boleh kita hias dengan kelambu sudah pasti ruangan tempat tidur kita. Menurut hasil kajian, "orang lebih mudah tidur jika ada elemen kelambu di kamar mereka" yang uniknya kadang-kadang kelambu hanya digantung sebagai perhiasan sahaja, bukan untuk menghindari serangan serangga@nyamuk pun.  

sebab tulah kalau kita perasan banyak hotel yang sering menghias kerangka tempat tidur dengan kelambu, kadang-kadang gambar je pun.Tujuanya agar pelanggan lebih merasa nyaman dan tenang. Jadi, kalau rasa macam nak tidur dihotel hari-hari hias la ikut suka hati kita bilik tidur kita secantik mungkin.

Kelambu gantung 5

Kelambu gantung 6

Kelambu gantung 7

Kelambu gantung 8

Kelambu gantung 9

Kelambu gantung 10

Kelambu gantung 11

Kelambu gantung 12

tapi kalau ada nak yang lagi kreatif & inovatif boleh cuba di bilik mandi..hehehehe cadangan sahaja ikut suka masing-masing la ya.Tapi jangan la tidur dalam bilik mandi pulak...

AMARAN KERAS!!!

Dilarang menghias kelambu di dapur anda! kalau tidak kebakaran besar jawabnya..hihihi

Untuk yang berminat boleh tengok maklumat lanjut disini:
http://www.mudah.my/kelambumoden

Tiada ulasan:

Catat Ulasan